Tuesday, 9 February 2016

Ramai yang bertanya, bolehkah bekam untuk rawat sakit itu, untuk rawat sakit ini?


Hal ini adalah kerana khasiat dan kelebihan bekam diperhebahkan dengan cara melalui media massa, media cetak mahupun media alam maya. Ya, ianya sememangnya usaha yang baik dalam memperkenal dan menyebarkan 'perubatan langit' ini.
Bahkan tidak terkecuali, tentang fungsi bekam dalam merawat atau mengeluarkan penyakit-penyakit bersifat makhluk halus dalam tubuh juga turut dihebahkan. Ya, ini juga satu kesungguhan yang baik dan mulia.
AKAN TETAPI...
Yang menjadi permasalahan adalah kefahaman mereka yang menginginkan khidmat bekam berikutan penyakit atau permasalahan yang dikatakan boleh selesai dengan bekam.
Mereka menganggap dengan bekam masalah mereka boleh selesai, malahan tidak berulang kembali. Hal ini agak merumitkan jika mereka tidak diperjelaskan dengan perihal yang sebenar berkaitan bekam dan lebih harunya jika selepas berbekam, penyakit mereka masih tidak sembuh ( Sememangnya paling utama kesembuhan adalah hak mutlak ALLAH)
Bekam @ Al Hijamah @ Phlebotomy @ Oxidant Drainage Theraphy, secara asasnya adalah bertujuan mengeluarkan darah stasis atau stagnasi darah yang berada di lapisan subkutenues (hipodermis), sehingga berlakunya sumbatan pada intravaskular, yang akibat dari situ boleh mengundang risiko penyakit-penyakit yang bermula dengan jantung, paru-paru, perut, buah pinggang dan usus. Hasil dari permulaan risiko tersebut akan mencambahkan risiko-risiko kepada penyakit-penyakit lain. NauzubILLAHi min Zaalik.
Skop Terapi Bekam berfungsi dan bekerja pada 2 keadaan utama, iaitu :
1) Pencegahan
2) Perawatan
Oleh kerana itu, dalam halnya Prinsip Bekam, terhimpun 3 perkara yang darinya jika kurang salah satu, boleh membawa 3 faktor yang mungkin akan:
1) Memudaratkan (jangka masa lama)
2) Melemahkan (jangka masa terdekat)
3) Menyakitkan (jangka masa semasa)
3 Prinsip Bekam adalah :
1) Diagnos
2) Kenal Pasti (Tindakan Terapi)
3) Susulan (Amalan dan Pantang Selepas Bekam)
Secara ringkas juga, ramai yang mendakwa, darah yang keluar dari sedutan bekam adalah Darah Kotor. Perlulah jelas, sebagai tukang bekam apatah lagi bergelar ahli bekam sementelah mengaku 'pakar bekam', perkara paling penting adalah mengenali masalah darah (hematologi).
Darah kotor yang selama ini diperkatakan itu, adalah istilah yang amat tidak sesuai digunakan dalam Terapi Bekam, darah kotor membawa maksud darah yang mempunyai kuman yang boleh berjangkit, boleh menular dan tidak boleh disentuh, berlainan keadaannya istilah darah kotor sesuai digunakan jika tukang bekam membekam seorang pesakit HIV atau AIDS atau penderita Hepatitis, itu jelas, darah dari tubuh pesakit tersebut adalah darah kotor, akibat dari kerosakan sel darah merah (Eritrosit).
Maka, istilah yang lebih sesuai digunakan adalah Darah Yang Bermasalah atau Darah Stasis atau Stagnasi Darah atau Darah Oksidan.
Persoalannya bolehkah bekam merawat pesakit yang mengalami masalah gangguan? Jika jawapan secara ringkasnya, tidak boleh, iaitu jika hanya bekam sahaja ikhtiarnya. Pernyataan yang paling sesuai adalah : Bekam merupakan salah satu terapi yang MEMBANTU proses-proses kesembuhan (perawatan) dan MENCEGAH (pencegahan) risiko-risiko untuk penyakit samada jasmani atau rohani. (Bukan untuk Mengeluarkan atau menyembuhkan penyakit)
Maklumat-maklumat yang berbentuk ilmiah amat perlu disampaikan kepada mereka yang kurang jelas atau tidak tahu akan perihal bekam ini, supaya kesalahfahaman tidak terus menerus berlaku dan masyarakat lebih mencintai Sunnah dalam Perubatan ini.
Ini belumpun lagi jika dihuraikan 'fatal mistake' dalam perletakan al mihjamah(mangkuk bekam) pada titik-titik dan penarikan al masyshah (pam) pada permukaan epidermis, tentu ramai yang agak terkejut. Diingatkan, kami bukan mencari kesalahan, bukan itu tujuan kami bahkan kami ingin sama-sama menambah kemahiran.
Adapun antara titik-utama utama dalam ikhtiar bagi permasalahan gangguan makhluk halus melalui Terapi Bekam adalah :
1) Ummul Maghits
2) Kahil
3) Katifain
4) Bainul Katifain
5) Qithon
Setiap penyakit ada titik-titik khasnya, dan setiap titik- titik tersebut ada penjelasan serta penerangannya.
Indahnya mencintai Sunnah beserta kefahaman.
~Wan Asrul Al-Aydrus



No comments:

Post a Comment